suria

Warga Indonesia Mati Akibat Salah Faham Dengan Rakan Sekerja

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja warga Indonesia ditemui mati di sebuah kilang bawang di Jalan Permatang Rawa di sini malam Selasa akibat selisih faham dengan rakan sekerjanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Purawadi, 24, telah minum dengan tiga rakan sekerja warga Myanmar.

"Kami percaya terdapat beberapa perbincangan 'panas' antara Purawadi dan kawannya dalam umur 20-an semasa tengah minum dan bertukar menjadi pergaduhan," katanya kepada pemberita di sini.

Mazlan berkata berikutan itu, Purawadi telah diserang oleh kawannya dan dikejar oleh suspek kira-kira 80 meter dari kedai minum apabila mangsa cuba melarikan diri.

"Apabila Purawadi berjaya masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu, suspek memecah pintu itu dan mula menyerang dia dengan kayu, batang besi dan juga dipercayai pisau," kata Mazlan.

Mazlan berkata, mangsa meninggal dunia selepas mengalami kesan tikaman yang serius di rusuk kanannya, kecederaan di tangan kiri dan kepala.

Sebatang kayi turut ditemui di tempat kejadian.

"Ketiga-tiga suspek telah melarikan diri dari tempat kejadian dan kita masih menjejaki mereka," katanya.

Berikutan itu, Mazlan berkata, empat pekerja kilang termasuk seorang pengurus kilang telah ditahan untuk membantu siasatan, dan kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, mangsa yang mempunyai dokumen sah telah bekerja di sebuah kilang kira-kira sembilan bulan manakala ketiga-tiga suspek itu telah bekerja di sana antara tiga bulan dan dua tahun.

Mazlan turut menggesa orang ramai dengan maklumat mengenai suspek yang melarikan diri kepada pegawai penyiasat di 04-538 2222 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain