KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd mengumumkan laluan baru dari Bangkok ke Wuhan, yang akan bermula pada 19 Oktober 2012.Syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan tambang penuh RM341 sehala bagi laluan itu dan dibuka untuk tempahan mulai Khamis sehingga 5 September 2012 untuk tempoh perjalanan dari 19 Oktober hingga 22 Mei 2013. Dalam satu kenyataan, Ketua Komersil Kumpulan Air Asia Kathleen Tan berkata pasaran China adalah sasaran utama bagi syarikat penerbangan itu tahun ini, dan berkata AirAsia Thai telah berjaya menembusi pasaran negara itu setakat ini.Beliau memberi contoh laluan Bangkok-Chongqing sebagai laluan yang menjadi terkenal dengan cepat."Laluan itu telah menikmati kapasiti penumpang sebanyak 80 peratus semenjeak pelancarannya, satu kejayaan yang telah memperkasakan AirAsia untuk menambah lebih banyak laluan di China, untuk kedua-dua pelancong dan peniaga."Kami yakin bahawa laluan Bangkok-Wuhan akan menjadi satu lagi laluan popular," tambah beliau. - BERNAMA