suria

APMM Gagalkan Cubaan Jual 60,000 Liter Diesel Subsidi Di Pengerang

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan mengagalkan cubaan menjual 60,000 liter diesel subsidi berikutan penahanan seorang tekong dan empat awak-awak di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, dua hari lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, cubaan dengan menggunakan bot nelayan yang diubah suai itu dikesan oleh anggota pasukan APMM pada 11.45 pagi, di perairan Tanjung Kapal.

"Pemeriksaan pada bot itu menemui 60,000 liter minyak diesel yang dipercayai diesel bersubsidi diletakkan di dalam dua kotak ikan, katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Menurutnya, tekong dan awak-awak berumur 20 hingga 40 tahun itu bertindak mengubah suai petak ikan di atas bot nelayan sebagai tangki ikan bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Kesemua lelaki itu kini ditahan dan diesel dan bot yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Adon berkata, ini merupakan tangkapan kedua dalam tempoh dua bulan di Perairan Pengerang, tahun ini dan pemantauan terhadap aktiviti nelayan di kawasan ini akan sentiasa ditingkatkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain