suria

Warga Emas Maut Rentung Dalam Kebakaran

TEMERLOH: Wanita warga emas berusia 78 tahun, rentung dalam satu kejadian kebakaran di rumahnya di Kampung Paya Taram Kerdau, dekat sini.

Dalam kejadian 10 malam Rabu, mangsa, Kelesom Khatib Busu gagal diselamatkan seorang pembantu rumahnya yang sebelum itu menyalakan lilin berikutan bekalan elektrik terputus.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superitendan Zundin Mahmood berkata, sebelum kejadian, mangsa dan pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia dikenali sebagai Zuraini, 30, sedang berehat dan berbual-bual.

"Bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan dan pembantu rumah itu menyalakan lilin, sebelum ke dapur mengambil air untuk mangsa, lilin yang dipasang telah terjatuh dan menyambar ruang tamu berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata, api kemudiannya merebak dengan cepat, pembantu rumah berkenaan cuba menyelamatkan mangsa tapi gagal.

"Pembantu rumah itu kemudiannya mendapatkan pertolongan jiran, bagaimanapun api marak begitu cepat, sepasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba sejurus kemudian berjaya memadamkan kebakaran dan menemui mangsa yang rentung di satu sudut berhampiran dapur," katanya.

Zundin berkata, setakat ini polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat, bagaimanapun siasatan masih diteruskan. - BERNAMA

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan