suria

10 Rumah Kedai Hangus Terbakar

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor meninjau keadaan rumah kedai yang musnah dijilat api di Batang Melaka, Isnin. Sepuluh rumah kedai hangus dalam kebakaran yang berlaku malam Ahad. -fotoBERNAMA

GEMENCHEH: Sepuluh unit rumah kedai dua tingkat hangus dalam satu kebakaran di Pekan Batang Melaka dekat sini, Ahad.

Kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu menyebabkan kedai membaiki dan menjual basikal, minuman keras dan dua salon rambut musnah manakala selebihnya adalah unit kosong.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Johari Ahmad berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada 11.55 malam.

Beliau berkata enam jentera, masing-masing dari Jasin, Jasin Bestari, Alor Gajah, Bukit Katil, Tampin serta Gemas dengan kekuatan 40 anggota dikejar ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal daripada merebak ke premis lain kira-kira setengah jam kemudian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, yang juga Anggota Parlimen Tampin, melawat mangsa kebakaran hari ini dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM32,000 menggunakan peruntukan Parlimen bagi meringankan beban mangsa sementara menunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya juga meminta kerajaan negeri bersama-sama dengan Pejabat Daerah Tampin membantu membangunkan semula rumah kedai yang musnah dalam kebakaran ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain