suria

Ali Hamsa Kunjungi Rakan Sejawatan Di India

NEW DELHI: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatannya di India, Ajit Kumar di sini pada Isnin.

"Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra. Kedua-dua pihak sangat gembira dengan hubungan dua hala sekarang," kata Ali selepas pertemuan selama 45 minit di Rashtrapati Bhawan itu.

Pada pertemuan itu, beberapa perkara membabitkan kepentingan kedua-dua negara termasuk hubungan dagang dibincangkan, katanya kepada Bernama.

"Kami juga bertukar nota mengenai projek infrastruktur serta kemungkinan mengadakan dialog tahunan antara ketua setiausaha negara dan ketua setiausaha pelbagai kementerian kedua-dua kerajaan," katanya.

Ali yang berada di sini bagi menghadiri mesyuarat dwitahunan Persidangan Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam), juga percaya sesetengah isu dua hala boleh diselesaikan pada peringkat penjawat awam. - BERNAMA

Artikel Lain