suria

Demo Himpunan Hijau Menuju Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Selepas 13 hari berlepas dari Kuantan, peserta perarakan Himpunan Hijau membantah bagi membantah operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants di Kuantan kini sampai ke ibu negara dan menuju ke Dataran Merdeka.

Peserta perarakan bergerak sambil mengibarkan bendera.

Turut menggamatkan suasana apabila kenderaan yang melepasi kumpulan berkenaan turut membunyikan hon menjadikan suasana perarakan itu seperti karnival.

Menurut penganjur, kumpulan berkenaan berkumpul di Sentul kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum memulakan perjalaan terakhir mereka ke Dataran Merdeka.

Menurut perancangan awal penganjur, kumpulan berkenaan akan berkhemah di Dataran Merdeka pada Ahad malam sebelum menuju ke Parlimen pada Isnin untuk menyerahkan memorandum berhubung Lynas.

Bagaimanapun wakil penganjur, Dr Khim Pa pada Khamis dilaporkan berkata mereka memutuskan untuk menukar perancangan selain menjemput Ahli Parlimen untuk mendengar masalah mereka dan menerima memorandum di Dataran Merdeka.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 November lalu menolak permohonan injunksi ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) Kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) yang difailkan tiga penduduk Kuantan sebelum ini.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam keputusannya membenarkan lesen Tol itu dikuatkuasakan dan operasi kilang terbabit dapat diteruskan serta merta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan