suria

Banjir Kilat, Pokok Tumbang Punca Trafik Sesak Di Sebahagian KL

KUALA LUMPUR: Banjir kilat dan pokok tumbang menyebabkan kesesakan trafik pada waktu puncak di beberapa bahagian bandar pada Selasa.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, banjir kilat menyebabkan pemandu terkandas di sepanjang Jalan Loke Yew, menuju ke arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan bulatan Cheras yang ditenggelami air sehingga ke paras lutut.

“Dua kereta bomba dari balai bomba Tun Razak dan Hang Tuah dihantar untuk membantu pemandu yang terkandas,” katanya.

Azizan berkata, keadaan trafik hampir terhenti di sepanjang jalan dan meminta supaya para pemandu bersabar.

Sementara itu, twitter Trafik Kuala Lumpur yang dikemaskini memberi amaran kepada pengguna jalan raya bahawa terdapat kira-kira dua pokok tumbang di sepanjang MRR2 dekat pasar raya besar Tesco Cheras dan Jalan Raja Abdullah.

Artikel Lain