suria

Ahli Umno Sedia Jika PRU Disember - Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan sidang media selepas majlis Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di PWTC, Khamis. -foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

KUALA LUMPUR: Umno sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) walaupun ia diadakan pada Disember depan.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli Umno kini sudah berada pada tahap yang cukup tinggi sekiranya pilihan raya diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.

"Kita sudah bersedia, sama ada (pilihan raya diadakan) Disember, Januari, Februari atau Mac," katanya pada sidang media selepas majlis Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Khamis.

Selain itu Muhyiddin berkata, ahli Umno tidak perlu terus berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya sebaliknya perlu terus meningkatkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Walau apa pun dari segi ahli parti...mereka tak payah nak berteka-teki lagi, media pun tak payah berteka-teki.

"Yang penting kesiapsiagaan itu mesti sepanjang masa sampai Parlimen dibubarkan," katanya.

Artikel Sebelum

Universiti Ketawa...

Artikel Lain