suria

Agong Serah Surat Cara Pelantikan Sembilan Hakim

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusof sempena majlis menerima menghadap dan pengurnian Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini, hari ini.
Seramai lima hakim dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan empat lagi dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. 

-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima Hakim Mahkamah Rayuan dan empat Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini.

Lima Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Rohana Yusuf, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Mohd Zawawi Salleh serta Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Empat Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pula ialah Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad, Datuk Hanipah Farikullah, Tuan Ravinthran A/L N.Paramaguru dan Tuan Chew Soo Ho.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum. BERNAMA

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan