suria

Banduan Mohd Fairus Sudah Yakin Akan Terbunuh

Suram... Sanak saudara tahanan yang ditembak mati menunggu di rumah mayat Hospital Seberang Jaya dekat Butterworth.
Suram... Sanak saudara tahanan yang ditembak mati menunggu di rumah mayat Hospital Seberang Jaya dekat Butterworth.
Suram... Sanak saudara tahanan yang ditembak mati menunggu di rumah mayat Hospital Seberang Jaya dekat Butterworth.

BUTTERWORTH: Banduan yang berjaya meloloskan diri, Mohd Fairus Adam memang yakin dia akan terbunuh.

Sebelum ditembak mati oleh polis, suspek telah memberitahu isterinya agar mengebumikan jenazahnya di kawasan perkuburan Kampung Baru Alma sekiranya apa-apa berlaku kepada dia.

Ibu Mohd Fairus, berasal dari Kampung Pelet, Penanti, berkata dia yakin anaknya telah membuat permintaan itu kepada isterinya selepas suspek berjaya melarikan diri Isnin lalu.

Ditanya lanjut semasa ibu mangsa menunggu bedah siasat anaknya ketika berada di rumah mayat, Hospital Seberang Jaya, wanita yang enggan dikenali itu kelihatan bingung dan meminta pemberita tidak bertanya apa-apa soalan lagi kepadanya.

Difahamkan isteri Mohd Fairus sedang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak tidak lama lagi.

Mohd Fairus dan seorang lagi suspek, Mohd Noor Ahmad Mustafa, 28, ditembak mati oleh polis di Kampung Padang Ibu di Penanti pada pukul 1 petang Khamis.

Ibu mertua Mohd Noor, Rokiah Ismail,56, berkata, anaknya, Rosfarahaida Roslan,24, telah mengingatkan suaminya supaya tidak melarikan diri demi masa depan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun dan bayi perempuan yang baru berusia 18 bulan.

Beliau berkata, pasangan berkenaan mengenali antara satu sama lain sejak zaman persekolahan mereka di SMK Penanti dan mereka telah berkahwin selama lima tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain