suria

Ambrin Dilantik Semula Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Februari ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Isnin berkata pelantikan itu adalah untuk tempoh sehingga 22 Februari 2015.

Beliau berkata pelantikan semula itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Pelantikan semula itu adalah memandangkan perkhidmatan Ambrin sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan, katanya.

Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2006 dan seterusnya perkhidmatan beliau disambung sehingga pelantikan semula yang baru ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain