suria

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Masih Lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama negara secara umumnya dilaporkan lancar pagi Selasa.

Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan pergerakan trafik di beberapa lebuh raya kendalian syarikat itu dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi.

Menurut jurucakap itu, beberapa kawasan trafik dilaporkan meningkat dari Seremban menuju ke Nilai namun pergerakan lalu lintasnya terkawal dengan satu kemalangan kecil dilaporkan di Kilometer 15.3 dari Putra Height ke bandar Saujana Putra.

Bagaimanapun trafik masih terkawal.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya melaporkan trafik di plaza tol Bentong dan Gombak masih terkawal dari kedua-dua arah.

Menurut LLM, keadaan trafik masih lagi terkawal di ibu negara, namun aliran trafik dijangka bertambah petang Selasa apabila orang ramai pulang selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain