suria

35 Daripada 140 Pelarian Rohingya Ditahan

Pelarian Rohingya dibawa keluar dari Pos Kawalan Pantai Kerachut setelah ditahan oleh pihak polis di George Town, Isnin. Mereka adalah di antara 35 pelarian Rohingya yang ditahan setakat ini. Seramai 130 pelarian Rohingya menaiki sebuah bot berlabuh di tepi pantai Kerachut setelah bot berkenaan mengalami kerosakan. -fotoBERNAMA

TELUK BAHANG: Seramai 35 dari 140 pelarian Rohingya yang mendarat di pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang ditahan dalam operasi pihak penguatkuasa, Isnin.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa berusia antara satu dan 70-an.

Kumpulan pelarian itu mendarat di pantai Teluk Kampi tengah malam tadi apabila bot yang mereka naiki bocor.

Berikutan pendaratan pelarian itu, operasi Taman Negara Teluk Bahang ditutup sementara sehingga baki pelarian Rohingya itu ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin mengesahkan penahanan itu dan memberitahu pihaknya masih meneruskan usaha mengesan baki pelarian itu.

Kesemua tahanan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk pemeriksaan kesihatan dan siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain