suria

Amah Indonesia Didakwa Dera Anak Majikan

Pembantu rumah, Enong Nur Sukma, 41,(kiri), diiringi anggota polis, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Kota Baharu, Khamis, atas pertuduhan mendera anak majikannya yang berusia 15 bulan dalam satu kejadian pada Sabtu lalu. Enong yang berasal dari Bandung, Indonesia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh Hakim Mahkamah Sesyen Yusuf Yunus. -fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Seorang amah warga Indonesia pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak majikannya yang berusia 15 bulan dalam satu kejadian Sabtu lalu.

Enong Nur Sukma, 41, yang berasal dari Bandung, Indonesia itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Qaseh Nur Alia Mohd Syazwan dengan cara menggoyangkan badan dan kepala serta melayan kanak-kanak perempuan itu dengan cara kekasaran yang boleh mencederakan mangsa.

Beliau didakwa melakukan penganiayaan itu di sebuah rumah di Lorong Haji Pak Noh, Jalan Bayam di sini pada pukul 10.30 malam, Sabtu lalu dan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Enong yang mengangguk faham atas pertuduhan itu dilihat sesekali mengalirkan air mata sepanjang prosiding itu berlangsung.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yusuf Yunus kemudiannya menetapkan 1 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.

Bagaimanapun, Enong yang diwakili peguam Roshazlizawati Muhammad tidak dibenarkan diikat jamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noor Hilwani Mat Rifin. - BERNAMA

Artikel Lain