Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bersalaman dengan para tetamu ketika hadir pada Majlis Perasmian Program Memperkukuh Bahasa Inggeris dan Literasi Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Sri Rusa, Port Dickson, Jumaat. Turut serta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. -fotoBERNAMAPORT DICKSON: Cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh dilaksanakan seawal 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat.Pelajar yang gagal Bahasa Inggeris tidak akan menerima sijil penuh tetapi mempunyai peluang untuk menduduki semula kertas peperiksaan pada Julai tahun berikutnya, sejurus selepas keputusan SPM diumumkan. Muhyiddin berkata dalam persediaan ke arah itu, Kementerian Pendidikan telah mula melatih 61,000 guru Bahasa Inggeris supaya mereka menjadi lebih mahir dalam bahasa ini.Beliau berkata banyak pihak telah memberi maklum balas positif terhadap perkara ini apabila beliau mula mencetuskan idea ini beberapa tahun lalu."Saya tidak lihat mengapa ini tidak boleh dilakukan berdasarkan orang ramai, termasuk ibu bapa, yang menyokong cadangan itu."Saya juga telah membaca surat yang dihantar kepada akhbar-akhbar di mana ramai ibu bapa mengesahkan (cadangan) ini. Malah, ramai mahu perkara ini dilaksanakan dengan segera," katanya pada Majlis Perasmian Program Memperkukuh Bahasa Inggeris dan Literasi Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa dekat sini, Jumaat.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata latihan guru Bahasa Inggeris adalah di bawah gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan (2013-2025)."Gelombang kedua akan bermula pada 2016 dan ia adalah apabila kita mencadangkan ketetapan lulus bahasa Inggeris," katanya, sambil menambah kementerian sekali lagi akan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan, seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru, sebelum melaksanakannya.Muhyiddin berkata penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar juga bertambah baik sejak kerajaan mula menggalakkan penggunaannya beberapa tahun lalu."Saya diberitahu berdasarkan kurikulum SPM sedia ada, hanya 20 peratus pelajar gagal bahasa Inggeris setiap tahun."Dengan itu, kita yakin akan dapat mengurangkan angka ini," katanya.Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata kerajaan komited menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah bagi memastikan rakyat mempunyai penguasaan yang lebih baik.