suria

Warga Indonesia Dipercayai Bunuh Rakan Ditahan

KUANTAN: Seorang warga Indonesia yang dipercayai membunuh rakannya di Bentong semalam ditahan kemudiannya.

Pihak polis yang dimaklumkan orang ramai tentang kejadian kira-kira 3.40 petang itu menemui suspek dalam keadaan terhuyung-hayang sambil memegang sebilah kapak dan tukul dengan bajunya berlumuran darah.

Dia kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan untuk mendapat rawatan di kepala dan muka.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku di Jalan Manchis berhampiran sebuah bangunan yang dijadikan tempat memelihara burung walit.

Suspek kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Noor Asyikin berkata polis menemui mangsa yang berusia sekitar 50-an dalam keadaan terlentang di atas jalan dan berlumuran darah dengan lehernya hampir putus selain turut cedera di bahagian perut.

Tiga lelaki serta seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 43 tahun turut ditahan untuk diambil keterangan sebelum mereka dibebaskan.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku akibat salah faham antara mangsa dan suspek. -BERNAMA

Artikel Lain