KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang warga Australia membela diri terhadap pertuduhan mengedar 167.8 gram dadah jenis methamphetamine, tahun lepas.Hakim, Kamardin Hasim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Dominic Jude Bird, 33, dari Perth. Bird didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Old Town Coffee di Jalan Yap Kwan Seng pada kira-kira 41.5 petang pada 1 Mac tahun lepas.Kamardin menetapkan empat hari mulai 4 Jun untuk pembelaan memanggil saksi mereka.Kes ini mendapat liputan meluas media Australia dan beberapa anggota keluarga tertuduh dilihat hadir ke mahkamah pada Isnin.Bird diwakili sekumpulan peguam diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Monica Linsua. - BERNAMA