KUCHING: Malaysia merangkul empat kemenangan pada Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, Sabtu.
Empat anugerah itu ialah Lakon Layar Terbaik (Bunohan), Filem Komedi Terbaik (Istanbul Aku Datang), Filem Aksi Terbaik (Songlap) dan Aktor Terbaik (Songlap-Shaheizy Sam).
AIFFA 2013 diiktiraf Kementerian Pelancongan Sarawak dan mendapat sokongan penuh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Malaysia (Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Senarai Pemenang:
1.Lakon Layar Terbaik: Filem Bunohan, Dain Iskandar Said (Malaysia)
2.Suntingan Filem Terbaik: Filem Sang Martir, Cesa David Luckmansyah (Indonesia)
3.Fotografi Filem Terbaik: Filem Rayya, Rahmatlpung Syaiful (Indonesia) 4.Aktor Pembantu Terbaik: Filem Alagwa, Bugoy Carino (Filipina)
5.Aktres Pembantu Terbaik: Filem Sta Nina, Anita Linda (Filipina)
6.Aktor Terbaik: Filem Songlap, Shaheizy Sam (Malaysia)
7.Aktres Terbaik: Filem Sta Nina, Alessandra De Rossi (Filipina)
8.Filem Terbaik - Komedi: Filem Istanbul Aku Datang, Produser Tengku Lesta Tengku Alaudin dan Lina Tan (Malaysia)
9.Filem Terbaik - Drama: Filem Sta Nina, Produser Rodel Naciancero (Filipina)
10.Filem Terbaik - Aksi: Filem Songlap, Produser Lina Tan (Malaysia)
11.Pengarah Terbaik: Filem Atambua 39 Degree Celcius, Riri Riza (Indonesia)
Anugerah Khas Juri:
1.Filem Kayan Beauties (Myanmar)
2.Filem Rectoverso (Indonesia)
3.Filem Ada Apa Dengan Rina (Brunei)
4.Filem Taxi! Taxi! (Singapura)
Anugerah Khas Penghormatan:
1. U-wei Haji Saari (Malaysia)
AIFFA Anugerah Pencapaian Seni Sepanjang Hayat:
1. Datuk Seri Michelle Yeoh
Anugerah Semangat Asean:
1.Cinta Tapi Beda (Indonesia) - BERNAMA