suria

Yang Dipertua Negeri Melaka Tandatangan Notis Pembubaran DUN

MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kira-kira pukul 1 petang Rabu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka akan mengumumkan mengenainya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri itu di Seri Negeri.

Beberapa wartawan menunggu di pejabat Yang Dipertua Negeri sejak awal pagi untuk membuat liputan pertemuan di antara Mohd Khalil dan Ali Rustam.

Terdahulu, Ali Rustam menghadiri upacara pengembumian kakak sulungnya, Che Tanti Rastam, 84, yang meninggal dunia kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

Jenazah Che Tanti dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain