BESUT: Sebanyak 200 biji pil yaba atau kuda dirampas dari dua suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di Kampung Pengkalan Sentol dekat Jerteh awal pagi Ahad.Bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata anggota peronda pada mulanya ternampak dua lelaki berkenaan sedang duduk di atas motosikal masing-masing dalam keadaan mencurigakan."Setelah dihampiri, kedua-duanya melarikan diri ke dalam semak yang berhampiran dan menghilangkan diri dengan meninggalkan motosikal mereka."Setelah diperiksa motosikal itu, ditemui sebuah beg sandang yang di dalamnya terdapat 200 biji pil berwarna kemerahan dan kehijauan yang dibungkus dalam plastik," katanya.Kamaruddin berkata kedua-dua suspek akan ditahan tidak lama lagi. -BERNAMA