suria

Abdul Khalid Mungkin Tidak Akan Kekal Sebagai MB Selangor - Wan Azizah

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat menguasai negeri itu semula.

"Khalid menjalankan tugas dengan baik tetapi terdapat ramai calon berkelayakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Beliau berkata, ketika Khalid dibayangkan akan dikekalkan sebagai Menteri Besar jika Pakatan Rakyat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), parti tersebut mempunyai senarai calon lain yang berpotensi mengisi jawatan itu.

"Senarai kami tidak sebanyak seperti dalam Barisan Nasional tetapi Khalid turut tersenarai," katanya.

Ketika ditanya siapa calon lain yang berpotensi untuk mengisi jawatan tersebut, Wan Azizah enggan mendedahkan mengenainya.

"Mereka adalah antara calon yang akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Abdul Khalid pada Rabu diumumkan sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikhabarkan sedang mengintai jawatan Menteri Besar itu.

Artikel Lain