suria

Pindaan Akta Pertahanan Awam Selaras Dengan Perkembangan Semasa - Zahid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencuba sebuah motosikal yang digunakan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) semasa kerja-kerja menyelamat ketika melakukan lawatan ke Ibu Pejabat JPAM di Kuala Lumpur pada Selasa. Turut kelihatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tiga, kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Akta Pertahanan Awam 1951 akan dipinda bagi menstruktur semula organisasi dan peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selaras dengan perkembangan semasa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata beberapa seksyen dalam akta tersebut tidak mencatatkan secara terperinci struktur pengurusan dan tanggungjawab jabatan itu apabila menghadapi bencana dan kecemasan.

Akta itu dilihat terlalu umum, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja yang pertama ke JPAM selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, di sini Selasa. "Dengan pindaan itu, maka diharapkan sistem penyampaian khidmat JPAM kepada rakyat akan dapat terus dipertingktakan khususnya dalam pengurusan bencana dan kecemasan," katanya.

Sementara itu JPAM dalam portal rasminya menyatakan antara cadangan pindaan ialah untuk memperjelas dan menambah tafsiran dalam seksyen 2 meliputi beberapa perkara seperti tafsiran 'pertahanan awam', 'bencana', 'pasukan pertahanan awam', 'perkhidmatan pertahanan awam', 'menteri' dan 'majikan'. Selain memasukkan fungsi tugas pertahanan awam serta beberapa perkara lagi termasuk kerja-kerja bantuan dan melindungi nyawa, orang atau harta benda penduduk awam semasa bencana, menjalankan khidmat kemanusiaan.

Ahmad Zahid juga berkata jabatan itu juga akan menambah peralatan dan kenderaan bagi mempertingkatkan kemampuan jabatan itu berhadapan dengan bencana dan kecemasan termasuk memambah jumlah ambulans sebanyak 90 buah dengan 45 unit tahun ini, dan 45 unit lagi tahun depan.

Selain membeli lori lasak jenis Tetra yang boleh mengharungi banjir sedalam 1.5 meter dan dapur bergerak untuk diguna pakai dalam menjalankan tugasan seperti memindahkan mangsa apabila banjir, katanya.

"Lebih baik kita bersiap siaga dan mempunyai aset yang secukupnya untuk dimobilisasikan bersama-sama dengan sukarelawan yang sedia ada di peringkat akar umbi," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain