Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahIPOH: Pembangunan infrastruktur bagi kawasan luar bandar di Sarawak akan diberi keutamaan dalam perancangan belanjawan pada tahun hadapan, kara Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah."Adalah menyedihkan apabila ada rakyat yang perlu menaiki feri sebab itu saya bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar sebagai keutamaan," katanya pada sidang media di sini pada Ahad. Ahmad Husni turut bersetuju dengan cadangan menubuhkan jawatankuasa khas dwipartisan bagi memantau perjalanan Suruhanjaya Pilihan Raya."Ini adalah bagi satu perkara untuk memastikan isu mengenai persepsi jadi dengan penubuhan jawatankuasa seperti ini ia dapat membetulkan persepsi yang sedia ada," katanya.