suria

Zuraida Tidak Setuju PKR Boikot Sidang Parlimen

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak seharusnya memboikot upacara angkat sumpah Parlimen pada 24 Jun ini.

"Pada pendapat saya, kita harus menghadiri majlis angkat sumpah kerana hanya selepas kita mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, baru kita boleh berada di dalam Dewan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Bagaimanapun beliau menyokong tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menghadiri taklimat Dewan Rakyat pada Selasa.

"Semua kami dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghadiri taklimat itu.

"Tetapi majlis mengangkat sumpah adalah penting kepada rakyat kerana mereka mengundi supaya kita membawa isu dan masalah mereka di Parlimen," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum ini mencadangkan bahawa semua Ahli Parlimen Pakatan memulaukan majlis itu, namun idea itu ditolak sekutu mereka daripada DAP dan PAS.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain