suria

22 Maut Akibat Denggi Pada Separuh Tahun Pertama 2013

PUTRAJAYA: Tiga individu termasuk dua kanak-kanak meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan denggi sejak minggu lalu.

Malaysia menunjukkan peningkatan kematian berkaitan wabak tersebut dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Angka yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 22 orang maut setakat 10 Jun tahun ini iaitu peningkatan sebanyak satu kematian berbanding tempoh enam bulan pada tahun lalu.

"Tiga kematian yang dilaporkan minggu lalu membabitkan dua kanak-kanak berusia setahun masing-masing dari Pulau Pinang dan Melaka. Kematian ketiga melibatkan seorang suri rumah dari Selangor.

"Dalam kesemua kes, kematian berpunca daripada komplikasi berkaitan denggi atau Sindrom kejutan Denggi (DSS)," kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Lain