suria

Anggota Bomba Ditambah Padam Kebakaran Ladang Sawit & Nanas di Muar

MUAR: Pasukan Bomba dan Penyelamat menambah bilangan anggota untuk memadamkan kebakaran ladang sawit dan nanas seluas 46 hektar milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13, Air Hitam, di sini, yang terbakar sejak Rabu lepas.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Muar Johar Tumin berkata penambahan 16 anggota dari balai Pontian dan Kluang itu menjadikan jumlah anggota kini ialah 76 orang.

"Sehingga pukul 5 petang ini, anggota bomba berjaya mengecilkan keluasan kawasan yang terbakar kepada 40 hektar. "Pasukan bomba dengan kerjasama PPNJ sudah menggali dua takungan air bertujuan membekalkan air kepada jentera untuk memadam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Johar berkata gerakan memadam kebakaran menghadapi masalah kerana kekurangan sumber air apabila parti-parit kecil yang dibina di kawasan berdekatan tidak mampu menampung bekalan air yang diperlukan.

Beliau berkata usaha mengecilkan kawasan yang terjejas sedang giat dibuat dan operasi itu akan diteruskan esok sehingga api dapat dikawal sepenuhnya. -BERNAMA

Artikel Lain