suria

57 GRO Ditahan Di Kelantan Dalam Tempoh Enam Bulan Tahun Ini

KOTA BARU: Seramai 57 pelayan pelanggan, sebahagian besarnya rakyat Thailand, ditahan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Mahasan Mustapa berkata tangkapan terbaru dibuat malam tadi membabitkan 12 GRO rakyat Thailand berusia antara 18 hingga 41 tahun dalam operasi di Kuala Krai, dekat sini.

"Setakat ini, tiada kes GRO itu terlibat dalam memberikan khidmat seks kepada pelanggan. Mereka ini hanya menjadi pelayan untuk menemani pelanggan yang minum di premis mereka," katanya kepada pemberita di Pejabat Bahagian Penguatkuasa jabatan itu di sini, Rabu.

Sementara itu, Mahasan berkata dalam operasi malam Selasa yang bermula 10 malam itu, pihaknya turut menahan 12 pekerja lelaki rakyat asing yang tidak mempunyai permit kerja sah.

"Dua belas pekerja rakyat asing itu merupakan rakyat Myanmar, Pakistan dan Bangladesh yang berumur seawal 15 tahun hingga 30-an," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain