suria

Adun Kemelah Anggota Exco Johor Ke-10

JOHOR BAHRU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat, dijangka dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Selasa untuk melengkapkan barisan 10 anggota Exco dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau dijangka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi di sini.

Sumber istana berkata, satu majlis mengangkat sumpah pelantikan Exco baharu akan diadakan di Istana Pasir Pelangi tetapi enggan mengulas.

Ayub dijangka memegang porfolio Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, yang sebelum ini merupakan kuota MCA yang menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri berikutan prestasi buruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Sebelum ini Mohamed Khaled telah menamakan sembilan anggota Exco, antaranya Datuk Tee Siew Kiong (MCA-Pulai Sebatang) yang dilantik oleh sultan kerana baginda mahu wakil pelbagai kaum dalam barisan exco Johor. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain