Ahmad Zahid Hamidi.BESUT: Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatanya pada pemilihan parti itu tahun ini.Ahmad Zahid berkata, beliau tidak berminat untuk menawarkan diri bertanding bagi jawatan yang lebih tinggi daripada kedudukannya kini. "Saya akan pertahankan jawatan. Saya tidak akan bertanding jawatan lebih tinggi mahupun yang lebih rendah," katanya pada sidang media di Markas Tektikal (Martek) Polis di sini, Ahad.Sebelum ini Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pendirian yang sama iaitu mahu terus mempertahankan jawatan.Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dikatakan mahu mengekalkan kedudukannya.Sementara itu ditanya mengenai kemungkinan jawatan berkenaan bakal menyaksikan persaingan yang sengit, Ahmad Zahid berkata, mereka terbuka untuk menghadapi persaingan."Kami terbuka, siapa yang rasakan mereka layak untuk bertanding...dipersilakan."Kami sedia berhadapan dengan cabaran jika ada," katanya.