suria

Aliran Trafik Dari Ibu Kota Ke Arah Utara Dan Selatan Lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan bergerak lancar setakat 4 petang Isnin.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd berkata bilangan kenderaan dijangka bertambah esok apabila orang ramai mula pulang ke kampung masing-masing sempena Aidilfitri.

"Setakat ini, aliran trafik masih lancar termasuk di Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah Georgetown-Seberang Prai, Tambak Johor, Pagoh dan Yong Peng," katanya ketika dihubungi Bernama. .

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya utama lain juga bergerak lancar. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan