suria

30,000 Kunjungi Rumah Terbuka Muhyiddin Di Pagoh

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut kunjungan orang ramai pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh, Jumaat. -fotoBERNAMA

PAGOH: Kira-kira 30,000 pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini, Jumaat.

Rumah terbuka yang diadakan pada raya kedua setiap tahun itu, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Kumpulan Muzik Kombo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pelbagai hidangan disajikan antaranya, nasi beriani, mi bandung Muar, laksa Johor dan sate.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Parlimen Pagoh mengambil kesempatan bersalaman dengan Muhyiddin yang juga anggota Parliman kawasan itu serta isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Muhyiddin kemudiannya menyertai penduduk setempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh. - BERNAMA

Artikel Lain