suria

Abdul Rahman Bayangkan Mungkin Tanding MT Umno

KOTA KINABALU: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan membayangkan kemungkinan bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti berkenaan Oktober ini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata, beliau akan membuat pengumuman berhubung perkara itu "dalam sedikit masa lagi melalui Twitter atau Facebook".

"Menawarkan diri untuk jawatan MT Umno adalah satu tanggungjawab yang amat besar, ia perlu difikirkan dan ia (keputusan) tidak boleh dibuat dengan hanya memikirkan tentang diri sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfiltri di kediamannya di Taman Kingfisher, Sulaman, dekat sini, Ahad.

Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata sekiranya bertanding, beliau mahu memberikan sumbangan kepada parti dan bukan sekadar memanaskan kerusi terutama dalam senario politik yang berbeza pada ketika ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain