suria

AirAsia Batal Beberapa Penerbangan Ke Selatan China

KUALA LUMPUR: AirAsia membatalkan beberapa penerbangannya ke selatan China pada Rabu berikutan kesan yang ditinggalkan Taufan Utor dan keadaan cuaca yang amat buruk di wilayah itu.

Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat tambang rendah itu berkata, penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Kuala Lumpur/Macau AK1058 dan AK1059, Kuala Lumpur/Shenzhen AK1086 dan AK1087, Kuala Lumpur/Hong Kong AK1656 dan AK1657 dan Kuala Lumpur/Guangzhou AK1012 dan AK1013.

Syarikat itu juga membatalkan penerbangan Kota Kinabalu/Hong Kong AK1641 dan AK1642, Bangkok (DMK)–Hong Kong FD2508 dan FD2509, Bangkok-Macau FD2540, FD2541, FD2542 dan FD2543 dan Filipina (DMK)–Hong Kong PQ7305 dan PQ7306.

"Tetamu yang terjejas oleh penerbangan yang dibatalkan akan diberi pilihan menggunakan penerbangan berikutnya," kata syarikat itu.

AirAsia juga memberi jaminan pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca dan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan.

Tetamu dinasihat menyemak maklumat terkini berkaitan penerbangan dengan melayari www.airasia.com sebelum ke lapangan terbang, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan setiap tetamu yang terjejas akan dimaklumkan tentang pembatalan penerbangan mereka melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tetamu juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pertanyaan melalui twitter.com/AskAirAsia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain