suria

Christina Liew Dilantik Timbalan Pengerusi PKR Sabah

Christina Liew
Christina Liew
Christina Liew

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah bagi kawasan Api-Api Christina Liew dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PKR dalam barisan baharu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu.

Ketika mengumumkan pelantikan itu, Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin turut menamakan Adun Matunggong Dato Jelani Hamdan dan Adun Inanam Dr Roland Chia Ming Shen masing-masing sebagai naib pengerusi PKR I dan naib pengerusi II.

Bekas calon PKR bagi Parlimen Keningau Stephen Sandor pula dilantik sebagai naib pengerusi PKR III manakala bekas naib presiden Datuk James Ghani dilantik setiausaha PKR Sabah, katanya pada sidang media di pejabat PKR Sabah di Kepayan, dekat sini, Jumaat.

Lajim yang juga ketua pembangkang Sabah mengumumkan pelantikan Adun Moyog Terrence Siambun sebagai bendahari PKR negeri manakala Adun Kadamaian Jeremy Majalad diberi peranan sebagai ketua penerangan.

Antara pemimpin utama PKR negeri yang menganggotai MPN ialah bekas pengerusi PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini, anggota Parlimen Penampang Darell Leiking, Jonathan Yassin, Hassnar Ebrahim, Datuk Kong Hong Ming, Datuk John Ghani, Awang Tengah Awang Amin, Anthony Mandiau dan Gaibin Ransoi, katanya.

Mengenai khabar angin Adun Kadamaian bakal meninggalkan PKR tidak lama lagi, Lajim berkata setakat ini Jeremy masih kekal dalam PKR. -BERNAMA

Artikel Lain