suria

Yuen Yuet Leng Beri Ruang Maafkan Chin Peng

PETALING JAYA: Jika sesiapa yang mempunyai rungutan terhadap Chin Peng, ia semestinya Tan Sri Yuen Yuet Leng (gambar), seorang bekas pegawai polis Cawangan Khas yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya diburu oleh komunis semasa dan selepas zaman darurat.

Malah Yuen pernah ditembak di bahagian dada di Grik pada tahun 1951 dalam satu pertempuran dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu Chin Peng adalah setiausaha agungnya.

Komunis juga cuba untuk menculik anak perempuannya ketika beliau menjadi ketua polis Perak, sehingga terpaksa menghantar anaknya itu ke United Kingdom pada 1970.

Bagaimanapun, berita kematian Chin Peng pada pagi Isnin di sebuah hospital di Bangkok membuatkan Yuen menjadi lebih pengampun kepada orang yang mahu melihat dia mati daripada hidup.

"Jika ada sesiapa yang mempunyai sebab yang baik untuk membenci mereka (komunis), saya harus menjadi salah seorang daripada mereka tetapi saya dilahirkan untuk menjadi lebih pengampun.

"Saya percaya anda tidak boleh mempunyai terlalu banyak kebencian dan kemarahan di dalam hati anda," kata Yuen, 86, kepada The Star Online ketika diminta mengulas mengenai kematian Chin Peng.

Yuen berkata, walaupun apa jua yang komunis lakukan kepadanya, beliau juga cuba untuk meyakinkan mereka untuk keluar dari hutan dan menyertai semula masyarakat.

Mengenai mayat abu Chin Peng, Yuen percaya bahawa ianya harus dibenarkan untuk dibawa pulang, walaupun ia tidak akan menjadi satu tugas yang mudah memandangkan beratus-ratus orang mati di tangan komunis.

"Keluarga-keluarga mereka yang terlibat akan berasa amat sukar untuk melupakan suami, saudara-saudara mereka dibunuh oleh komunis," katanya.

Beliau menegaskan bahawa walaupun komunis berjuang untuk kemerdekaan mereka juga mempunyai tujuan untuk membentuk sebuah negara komunis.

Bekas Timbalan Pengarah Operasi Cawangan Khas, Datuk Dr Leong Chee Woh pula enggan mengulas mengenai sama ada mayat Chin Peng harus dibenarkan pulang atau tidak.

Dr Leong berkata, Chin Peng merupakan seorang pengkhianat.

"Dia mungkin telah menentang Jepun dan British tetapi beliau juga menentang negara ini selepas ia mencapai kemerdekaan. Dia mahu memberikannya kepada Komunis China," katanya.

"Saya tidak mempunyai perkataan yang baik tentang dia sebelum dia meninggal dunia. Saya tidak mahu berkata apa-apa lagi sekarang. Mungkin kita hanya perlu melupakan dia sahaja," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain