SANDAKAN: Mayat seorang wanita warga Filipina dipercayai pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari ditahan Polis Marin ditemui terapung berhampiran Jeti Pulau Nunuyan, dekat sini, Isnin.Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata wanita itu dikenali sebagai Marites Blace berusia lingkungan 30-an. "Mayat mangsa yang dicam rakannya ditemui pada pukul 7.40 pagi oleh seorang penduduk kampung di pulau berkenaan," katanya di sini.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan antara enam wanita warga Filipina yang menaiki sebuah bot laju yang terbalik ketika cuba melarikan pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.Dalam kejadian itu, lima wanita yang terhumban ke laut berjaya diselamatkan manakala juragan bot bersama mangsa berjaya melarikan diri, katanya.Mayat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk dibedah siasat. - BERNAMA