Najib mendukung Noor Muhammad Aqil (1tahun 8 bulan) sementara isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mendukung Noor Aqib Syahid, anak kepada Allahyarham ASP Zulkifle, (sebulan) pada majlis penyampaian sumbangan di Seri Perdana, Putrajaya, Khamis. FotoBERNAMAPUTRAJAYA: Kebanyakan waris kepada para perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini, menyuarakan rasa terharu dengan sanjungan ramai terhadap bakti anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam insiden itu.Rata-rata kalangan mereka yang diraikan dalam satu majlis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sri Perdana hari ini, juga tidak dapat menahan sebak mengenangkan kehilangan orang tersayang dalam tragedi itu. Jabah anak Minggu, 35, balu kepada DSP Michael anak Padel berkata beliau dan anaknya sentiasa merindui mendiang, namun hidup perlu diteruskan, dan yang pergi tidak akan kembali."Kami cuba menyembunyikan perasaan hiba ini, tapi sering terasa amat terharu, kerana sentiasa ada yang memberikan penghormatan, dan mengingatkan kami mengenai jasa serta pengorbanan mendiang," katanya."Saya dan anak masih tak boleh terima keadaan ini, tapi sampai bila? Sebab anak saya pun sentiasa mengingatkan saya, kita tak boleh terus begini, kita kena bangkit. Jika keluar air mata darah sekalipun daddy tak akan balik," tambahnya.Michael, merupakan pegawai Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, yang terkorban dalam serangan hendap penceroboh dari selatan Filipina di Simunul, Semporna, Sabah, pada 2 Mac lepas.Bapa kepada Allahyarham Kpl Mohd Azrul; Tukiran Ahmad, 65, pula berkata perasaan beliau bercampur-baur antara rasa bangga, terharu, gembira, redha, rindu, bersemangat, dan hiba.Beliau berkata ada antara sumbangan orang ramai kepadanya, diserahkan kepada masjid, surau dan badan kebajikan bagi pihak anaknya, dan apabila terasa rindu dengan anaknya itu beliau akan bersolat, membaca Al-Quran atau bertahlil, di samping berbuat pelbagai kerja kebun untuk menghilangkan sebentar rasa hiba.Katanya beliau tidak pernah, dan tidak akan menghalang anak atau cucunya yang ingin berbakti kepada negara dengan menyertai anggota pasukan keselamatan, kerana menurutnya beliau berpendapat "Jika bukan kita, siapa lagi?".Sementara itu Insp Mohamad Hasnal Jamil, 31, ketika ditemui berkata kecederaan yang dialami beliau tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada negara dengan apa cara sekalipun.Dalam kejadian di Semporna awal Mac lepas, beliau menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak, dan tangan kanannya hampir putus akibat ditetak berulang kali oleh pengganas Sulu.Beliau yang ditemui dalam keadaan tangan kanan masih berbalut berkata, beliau kini bertugas seperti biasa di Ibu pejabat Polis Bukit Aman.Menurutnya beliau tidak pernah menganggap tindakan menjaga keselamatan negara sebagai satu tugas semata-mata, tapi ia lebih berupa satu tanggungjawab. Katanya, kematian adalah suatu yang pasti, dan dalam susah atau senang itu adalah risiko yang perlu diambil demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. - BERNAMA