suria

Wanita Ditemui Mati Tertiarap Di Lorong Pejalan Kaki Di Bangsar

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia ditemui mati di lorong pejalan kaki, berhadapan stesen Petronas di Jalan Bangsar, Sabtu.

Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Juhiriyah, 40-an, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui kawasan itu tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati sejak tiga hari lepas.

"Polis menemui beg tangan mangsa berhampiran mayat itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, Sabtu.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain