SHAH ALAM: Peruntukan RM1.85 bilion untuk bajet 2014 Selangor adalah yang terbesar dalam sejarah negeri.Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang membentangkan bajet di Dewan Undangan Negeri pada Selasa berkata 66.2 peratus daripada bajet telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, yang juga merangkumi perbelanjaan bekalan dan pembiayaan. Khalid juga mengumumkan bahawa rizab negeri adalah yang tertinggi dalam sejarah Selangor."Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa sehingga 31 Oktober 2013, dana gabungan Selangor dalam bentuk wang tunai dan pelaburan adalah sebanyak RM2.7 bilion."Jumlah ini menunjukkan bahawa rizab negeri adalah yang tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah Selangor," kata Khalid.Khalid juga berkata, mungkin ada kritikan ke atas pengumpulan aktif rizab negeri disebabkan oleh kurangnya kefahaman mengenai pengurusan kewangan dan fiskal.Beliau juga mengumumkan bahawa 33.78 peratus dari bajet itu akan digunakan ke arah perbelanjaan pembangunan.