Fong Pau TeckKUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut, Fong Pau Teck yang dipecat daripada DAP berkata beliau akan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan parti.Pemberita yang menunggu untuk mendapatkan komen Fong berhubung pemecatannya itu sejak sebelum sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula pagi ini, hanya berjaya mendapatkan komennya semasa sesi persidangan DUN berhenti rehat tengah hari. Ketika diminta mengulas mengenai pemecatannya, Adun itu hanya menjawab 'no comment at this stage' (tiada komen setakat ini) sebanyak tujuh kali, selain turut mengesahkan akan mengemukakan rayuan.Beliau tetap ingin dikenali sebagai Adun DAP swaktu mengambil bahagian dalam sesi debat persidangan DUN yang bermula Isnin, tambahan pula masih mempunyai 14 hari tempoh rayuan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik Adun di Bangunan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya, di sini.Pada Isnin, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur berkata keputusan pemecatan Fong itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Adun Pujut itu yang banyak kali mengingkari arahan parti, dengan itu beliau telah melanggar disiplin parti. BERNAMA