PETALING JAYA: "Minta maaf banyak-banyak. Apa juga yang anda tanya. Saya tidak akan jawab."Itulah yang diperkatakan oleh isteri lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya berusia 21 tahun kepada pemberita yang cuba menemubual dia di hadapan rumahnya di Kajang. Bagaimanapun, sebelum wanita berusia 46 tahun itu masuk ke dalam rumahnya, dia berkata: "Ini kerana hati saya sakit....," menyatakan rasa kecewanya berhubung dakwaan hubungan sumbang mahram tersebut. Pada Khamis, wanita tetap membuka gerai nasi campurnya seperti biasa, menurut China Press. Menurut pengusaha gerai yang lain, wanita berkenaan berniaga seperti biasa sejak beberapa hari yang lalu namun suspek tidak dilihat berada di situ.China Press turut melaporkan bahawa pelanggan gerai wanita berkenaan menyifatkan ibu mangsa sebagai seorang 'yang sangat ceria dan gembira'.Akhbar berkenaan turut melaporkan jirannya juga tidak percaya bahawa suspek mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu. Seorang jirannya berkata suspek dan isterinya merupakan pasangan yang bahagia dan sering dilihat berada bersama-sama. "Kami tidak pernah dengar mereka bertengkar dan memarahi anak-anak mereka," kata jirannya itu.Seorang lagi jiran turut tidak percaya jirannya itu melakukan perkara terkutuk itu dengan anak perempuannya. Pada Khamis, The Star melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun telah melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.Hubungan terlarang itu mungkin berlarutan tanpa tindakan seorang pakcik menghubungi pihak polis selepas mengetahui mengenai kejadian tersebut.Pakcik berkenaan meruapakan pengusaha kedai gunting rambut di mana tempat remaja berkenaan bekerja sejak dia tamat pengajian SPM. Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbit remaja berkenaan pada 9 November lalu untuk membuat panggilan telefon.Namun alangkah terkejutnya dia apabila terbaca khidmat pesanan ringkas, lucah daripada ayah mangsa kepada remaja berkenaan.