KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno tidak pernah bersikap rasis malah bersikap adil kepada semua kaum di negara ini.Beliau berkata, demi keseimbangan sosial dan keadilan jangka panjang bersama kaum lain, orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertingkatkan kedudukan mereka. Najib menegaskan supaya tidak ada pihak yang bersikap apologetik kerana ini adalah hak orang Melayu dan Bumiputera yang perlu dilaksanakan."Tetapi kita tidak nafikan hak kaum lain. Bila masa kaum lain terbantut perkembangan kedudukan mereka di negara kita?"Bila masa kita laksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), adakah mereka (kaum bukan Melayu) terpinggir, adakah rezeki terputus? Terbukti bahawa Umno adil kepada semua kaum," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.Sehubungan itu, Najib meminta supaya tiada pihak yang menunding jari kepada Umno sebagai rasis."Umno bukan rasis, Umno tidak pernah rasis. Umno sentiasa bersikap adil kepada semua."Dan kita hendak mereka (kaum lain) untuk sama-sama dengan kita... Cina, India, Kadazan, Iban dan semua (kaum) untuk sama-sama dengan kita tetapi kepimpinan negara ini diterajui Umno untuk memberi keadilan," katakan.