KUANTAN: Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) membuat laporan polis berhubung tawaran pinjaman palsu yang menggunakan nama dan logo bank berkenaan.Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Agrobank Zamberi Baharin berkata Khamis lepas pihaknya mengesan sehelai kain rentang digantung di satu lokasi dalam bandar Kuantan dengan butiran tawaran pinjaman Agrobank yang palsu. "Nombor telefon dan laman sesawang yang tertera pada banner berkenaan adalah palsu dan Agrobank tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah untuk berurusan dengan orang ramai mengenai pembiayaan kewangan Agrobank," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.Katanya, Agrobank telah menurunkan kain rentang itu dan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Jumaat lepas dan menurutnya penipuan seperti itu merupakan kes yang pertama dikesan setakat ini.Katanya, untuk mendapatkan maklumat yang sah mengenai pembiayaan Agrobank orang ramai dminta menghubungi talian 03-27311600 atau melayari www.agrobank.com.my. - BERNAMA