suria

Ambank Pertingkat Sistem Perbankan Teras

Paul Lewis.
Paul Lewis.

PETALING JAYA: Ambank (M) Bhd mempertingkatkan sistem perbankan terasnya untuk menambah baik pengalaman pelanggan perbankannya.

Langkah itu sejajar dengan penjenamaan baru bagi bank tersebut iaitu ‘Your Bank. Malaysia’s Bank. Ambank (Bank Anda. Bank Malaysia. Ambank).

Ambank pada Rabu melancarkan kempen “A New Me” (Saya yang Baru).

“Dengan kempen 'A New Me', kami berharap dapat memainkan peranan untuk membawa perubahan kepada pelanggan yang mahu perubahan dalam kehidupan.

"Jadikanlah ia sebuah impian untuk mengubahsuai rumah, membeli belah dengan tarikan, simpanan dan pelaburan hebat, pengalaman memandu yang baru apabila anda mengambil bahagian dalam kempen ini,” kata Pengarah Urusan Perbankan Runcit Ambank, Paul Lewis dalam satu kenyataan.

Kempen yang berkonsepkan peraduan ini berlangsung sehingga 31 Mei dengan menawarkan hadiah bernilai RM11 juta untuk dimenangi.

Ianya merupakan sebuah kempen berdasarkan penyertaan automatik apabila para pelanggan memohon untuk menyertai produk Ambank dan AmIslamic Bank.

Pelanggan sedia ada akan diberi ganjaran dengan penyertaan berganda manakala pelanggan AmsSignature Priority Banking akan menerima penyertaan tiga kali ganda.

Artikel Lain