suria

DAP Sabah Bakal Kehilangan Lebih Ramai Pemimpin Kanan

Hiew King Cheu.
Hiew King Cheu.

KOTA KINABALU: DAP Sabah dijangka kehilangan lebih ramai pemimpin kanannya yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu, kata bekas penasihat DAP Negeri, Hiew King Cheu.

Beliau berkata mereka tidak berpuas hati dengan arahan daripada beberapa pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan ahli-ahli di sini merasakan demokrasi dalam DAP disekat.

"Antara arahan-arahan tersebut adalah meminta ahli-ahli DAP Sabah supaya menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing sebagai Ketua Pembangkang.

"Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin di sini kerana mereka tiada kuasa untuk menentukan pelantikan Ketua Pembangkang," kata Hiew pada Jumaat.

Hiew telah meletak jawatan sebagai penasihat DAP Sabah dan mengumumkan keluar parti pada September lalu.

Pada 31 Disember lalu, Timbalan Pengerusi DAP negeri, Fred Fung Kong Win turut mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana tidak lagi boleh bekerja dengan pemimpin 'yang tidak tahu menghargai' dalam DAP.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain