suria

Wanita Umno Sambut Baik Pelantikan Norhayati Onn Sebagai Setiausaha Politik PM

Noorhayati
Noorhayati

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno menyambut baik dan berterima kasih di atas pelantikan Datuk Norhayati Onn sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu melakar sejarah kerana buat kali pertama, seorang wanita dilantik ke jawatan berkenaan.

"Ia juga merupakan kejayaan perjuangan Wanita Barisan Nasional ke arah mengarusperdanakan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam arena politik," katanya.

Beliau juga berharap pelantikan itu akan memberi aspirasi kepada wanita Malaysia untuk terus memberi sumbangan dalam menjayakan pelan transformasi yang diagendakan Perdana Menteri. - BERNAMA

Artikel Lain