Seorang anggota perubatan mengangkat keluar salah seorang warga emas itu dari rumah tersebut.KUALA LUMPUR: Sebuah lori yang dipenuhi sampah sarap diletakkan di jalan masuk ke rumah teres dua tingkat itu. Rumah tersebut - pada suatu ketika dahulu sebuah rumah penjagaan orang tua - kelihatan sunyi.Namun di sebalik pagar berkunci dan pintu masuk yang hanya diikat dengan tali nilon, tersembunyi kisah hitam bagi lima warga emas yang lemah, ditinggalkan hidup dalam keadaan rumah yang kotor. Rumah tersebut tiada bekalan air, malah tiada makanan diberikan kepada mereka sehingga hari ini.Jiran-jiran yang percaya rumah tersebut di Taman Wahyu telah dikosongkan setahun yang lalu, terkejut apabila lima warga emas ditemui dalam rumah itu yang dipenuhi sampah dan berbau busuk.Seorang penduduk di kawasan itu, P. Duraimohan, 53, mengambil keputusan untuk menyiasat dakwaan bunyi-bunyi aneh termasuk tangisan sayu, datang dari rumah tersebut."Kami memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan saya memutuskan untuk masuk ke rumah tersebut."Ketika saya bertanya jika ada sesiapa di dalam rumah itu, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki tua menuruni anak tangga, " katanya yang juga setiausaha persatuan kawasan perumahan terbabit, di sini, Ahad.Duraimohan berkata, dia menjumpai empat warga tua yang lain di tingkat bawah rumah - tiga lelaki Cina dan seorang India - dan seorang wanita India yang kurus kering."Mereka kelihatan kurus-kering dan tidak mandi. Salah seorang lelaki terbaring di lantai dan dikelilingi banyak sampah sarap sehingga saya tidak menyedarinya," katanya.Duraimohan berkata, premis tersebut merupakan salah satu daripada tiga buah rumah yang dijadikan sebagai rumah warga tua lebih 10 tahun lalu."Kira-kira dua tahun lalu, rumah tersebut telah dikosongkan tetapi kami menyangka pengendali rumah berkenaan menjadikan ia sebagai salah sebuah stor," katanya.Leong Soo Ah, 66, wanita yang ditemui di rumah tersebut memberitahu The Star bahawa dia dan empat yang lain telah tinggal di situ selama dua bulan, sebagai penempatan sementara."Kami sepatutnya berpindah ke Batang Berjuntai," katanya.Ketika ditanya apa yang mereka makanan selama ini, Leong, berkata, ada seseorang menghantar makanan dan air kepada mereka pada sebelah petang.Leong memiliki sebuah tilam di ruang tamu tingkat atas yang turut dipenuhi dengan timbunan pakaian lama.Dia berkongsi ruang tamu tersebut dengan P. Muniandy yang tidur di atas lantai."Kami tidak pernah keluar sejak sekian lama. Kami hanya duduk di dalam rumah," katanya.Tingkat bawah rumah tersebut dipenuhi dengan surat khabar lama, pakaian dan perabot.Seorang wanita warga India yang tidak diketahui namanya, ditemui duduk di atas sofa dalam sebuah bilik mankala dua lelaki Cina dikenali sebagai Ah Meng dan Ah Seng, terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas sebuah tilam.Lelaki dan wanita India itu masing-masih terlalu lemah untuk bercakap dan dua lelaki Cina itu masih boleh berborak dengan biasa.Ah Meng berkata, mereka terlalu dahaga tetapi telah makan sebelum itu."Ada suatu ketika kami ada makanan, adakala tiada apa-apa untuk dimakan," kata Ah Seng.Terdapat beberapa bungkusan yang separuh habis dimakan dilihat bertaburan di atas lantai.