suria

Warga Myanmar Ditemui Mati Di Hentian Bas Rapid Kuantan

KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan pendarahan pada mulut dipercayai terjatuh di kaki lima hentian Bas Rapid, Jalan Pasar Baru di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Ramon Sang Tee Chun, 20, ditemui orang awam pada pukul 6.15 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa hanya mengalami bengkak di mulut dan sedikit pendarahan, bagaimanapun tiada kesan kecederaan parah ditemui. Menurutnya pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian itu juga tidak menemukan sebarang senjata.

"Bagaimanapun beg pinggang yang ditemui bersama mayat mangsa didapati kosong. Berdasarkan kenyataan rakan senegaranya, mangsa ke Kuantan dari Kuala Lumpur kira-kira seminggu lepas dipercayai untuk mencari kerja," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kematian sebagai mati mengejut, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain