suria

UPP Berkas 20 Pati Di Perhentian Bas

Abdul Latif (berdiri, kanan) memeriksa warga asing yang ditahan di perhentian bas di Bukit Kayu Hitam Isnin
Abdul Latif (berdiri, kanan) memeriksa warga asing yang ditahan di perhentian bas di Bukit Kayu Hitam Isnin
Abdul Latif (berdiri, kanan) memeriksa warga asing yang ditahan di perhentian bas di Bukit Kayu Hitam Isnin

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahah 20 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di perhentian bas Changlun dekat sini kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin.

Komandernya Abdul Latif Abdul Rahman berkata mereka ialah 12 Pati lelaki warga Mnyanmar, tiga lelaki (Indonesia) serta seorang lelaki dan empat wanita (Kemboja) berumur antara 19 hingga 44 tahun yang dipercayai hendak keluar dari negara ini.

Katanya Pati tersebut yang bekerja di ibu negara dipercayai sedang menunggu bas bagi membawa mereka ke sempadan di Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke negara asal.

"Selepas memeriksa didapati dua Pati warga Indonesia dan dua Kemboja memiliki pas lawatan tamat tempoh sementara Pati lain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," kata Abdul Latif kepada pemberita di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam, di sini. Menurutnya semua pati tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Dalam perkembangan lain UPP menahan dua lelaki tempatan berumur 44 dan 59 tahun yang cuba menyeludup masuk minuman keras serta pelbagai mercun dan bunga api dari negara jiran bernilai lebih RM11,400 dalam dua kes berasingan.

Abdul Latif berkata cukai bagi semua barang tersebut kira-kira RM 7,411.

Katanya lelaki pertama ditahan pukul 3 petang dalam bas di KM 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah Changlun bersama empat botol minuman keras jenama VSOP, tiga kartun Tiger Beer serta pelbagai jenis mercun dan bunga api.

Lelaki kedua pula ditahan bersama sembilan kartun minuman keras Heinneken dan satu karton Guinnes Stout setengah jam selepas itu di tempat sama, kata Abdul latif.

Menurutnya modus operandi yang digunakan kedua-dua lelaki sama dengan menyorok barangan seludup di bahagian tempat simpanan barangan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. BERNAMA

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan